Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DIALOG BELIA BERSAMA AP ANJURAN BH

Maksimumkan potensi belia demi masadepan lebih cerah

Nov 10, 2023 | 10:52 AM



Setiap belia memiliki potensi yang boleh digali dengan lebih mendalam untuk sumbangan yang lebih besar kepada masyarakat.

Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, berkata: “Kita harus melihat lebih jauh dari sekarang dan memaksimumkan setiap potensi yang kita miliki.”

Belia kini lantang bersuara, cekap menggunakan wadah digital dan memiliki kebolehan untuk mencerna maklumat yang sedia ada dengan lensa yang kritis.

Potensi yang dimiliki setiap belia terserlah pada kebolehan dan kematangan pelajar yang menyuarakan pengalaman dan pandangan mereka apabila berdialog bersama.

Encik Zaqy menyatakan pandangan itu semasa sesi dialog bersama pelajar Institut Pengajian Tinggi (IHL) dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) pada 27 Oktober.

Sesi itu turut dihadiri Anggota Parlimen, GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.

Di sesi dialog tersebut, Encik Zaqy dan Encik Zhulkarnain berbincang dengan para pelajar tentang strategi yang dapat digunakan untuk mencapai tujuan sosial dan ekonomi yang lebih luas.

Encik Zhulkarnain merujuk kepada Melakar Hala Tuju Singapura atau Forward SG sebagai satu daya usaha yang boleh membantu belia dan pelajar mencapai kecemerlangan yang meluas.


Beliau berkata: “Forward SG merumuskan pendapat segala lapisan masyarakat, termasuk belia.


“Terdapat satu komponen yang menyatakan kecenderungan belia. Kita bukan sahaja warga Melayu/Islam malah kita juga warganegara Singapura.

“Cabaran yang kita hadapi tidak hanya tertakluk kepada diri kita sebagai seorang Melayu/Islam bahkan sebagai warganegara Singapura”.

Ini mencerminkan tekad belia dan pemerintah dalam membangun masyarakat yang maju, berdaya saing dan inklusif pada masa depan. Ia juga menunjukkan bagaimana pentingnya suara belia dalam memajukan negara.

Salah satu isu yang dibahas oleh pelajar-pelajar adalah masalah kesihatan mental, terutama fenomena ‘burnout’.

Ini terjadi ketika seseorang terus-menerus terpapar pada tekanan yang berpanjangan, yang mengakibatkan kelelahan secara fizikal, mental dan emosi.

Mereka berasa tertekan oleh harapan orang tua, beban biaya hidup dan pendidikan, serta tekanan dalaman seperti krisis identiti.

Dalam hal perbelanjaan, sebahagian pelajar yang hadir mempunyai pekerjaan sambilan.

Mereka mendedahkan adakalanya mereka kesuntukan waktu untuk mengulangkaji pelajaran kerana harus meluangkan masa selepas sekolah dan semasa cuti sekolah untuk menampung perbelanjaan sendiri dan membantu ahli keluarga.

Mereka mencadangkan agar ada lebih banyak skim bantuan kewangan untuk mengurangkan beban pelajar.

Mereka juga mengetengahkan soal kesukaran mendapatkan bantuan kerana berada di tahap kelas pertengahan. Oleh kerana pendapatan bulanan keluarga yang agak tinggi, mereka tidak layak mendapatkan biasiswa atau bantuan tambahan dan terpaksa bekerja sambilan.

Dialog itu menjadi wadah yang membuka mata tentang apa yang dirasakan dan diperlukan oleh generasi muda hari ini. Ia menawarkan peluang kepada para pelajar untuk menyuarakan pendapat dan mencari penyelesaian bersama.







Dialog itu juga dihadiri 16 pelajar dari beberapa institut pengajian.

Mereka terdiri daripada Encik Sayyid Harith Mohd Haron, 24 tahun, pelajar NUS. Encik Arsyad Rahman Muhammad Nazri Tang, 23 tahun dan Cik Hannah Batrisyia Hamdi Hidayat, 22 tahun, kededua pelajar NTU. Encik Syarifuddin Azhar Rosli, 27 tahun dan Cik lli Syazana Yusri, 22 tahun, pelajar Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD). Encik Muhammad Syukrie Sulaiman, 27 tahun, pelajar Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS). Encik Muhammad Akmal Muhammad, 24 tahun, Encik Khairul Nizam Abdul Rashid, 23 tahun, dan Cik Asiela Hassan, 20 tahun pelajar Institut Teknologi Singapura (SIT).


Turut mewakili Institut Pengajian Teknikal adalah Encik Nur Ilhan Shafeez Karim, 19 tahun, Encik Danish Shahredza Sharikin, 17 tahun, Cik Nur Qurratu’Aini Ahmad Nazli, 20 tahun, Encik Haziq Fadilyllah Riduan, 17 tahun, Cik Shyalene Nurismaa Saiful Bahri, 20 tahun, Encik Dani Hazrie Mohamad Hisham, 18 tahun dan Cik Rabiatul’Adawiyah Mohd Salleh, 19 tahun.


Sesi itu dikendalikan oleh Editor Bersekutu (Kolumnis Kanan) BH, Encik Nizam Ismail, sebagai moderator.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >