Now Reading
Macam Mana Manusia Boleh Ada Mata Warna Biru? Ini Fakta Yang Ramai Tak Tahu

Macam Mana Manusia Boleh Ada Mata Warna Biru? Ini Fakta Yang Ramai Tak Tahu

Mata berwarna biru berlaku kerana mutasi di mana individu tersebut kekurangan melanin yang menyumbang kepada warna coklat pada mata.

Macam Mana Manusia Boleh Ada Mata Warna Biru? Ini Fakta Yang Ramai Tak Tahu

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Populasi manusia yang kini direkodkan telah mencecah lapan bilion dari seluruh dunia sudah pastinya mempunyai pelbagai keunikan tersendiri berdasarkan genetik masing-masing.

Kalau pergi ke negara Eropah, anda akan melihat banyak genetik ‘mat saleh’ dengan rambut berwarna ‘blonde’ secara semula jadi. Boleh dikatakan genetik ini agak susah untuk dijumpai dalam kalangan masyarakat Asia.

Selain daripada rambut, warna pada iris mata juga berbeza apabila wujud individu yang memiliki mata berwarna selain coklat dan hitam yang merupakan warna sebahagian besar populasi manusia.

Antara warna iris mata yang jarang dilihat adalah seperti hijau, kelabu, ungu dan biru.


Bagaimana Boleh Wujudnya Manusia Bermata Biru?

Menerusi ciapan yang dimuat naik di laman The Patriots Asia, hanya 8% hingga 10% sahaja manusia di planet Bumi ini yang mempunyai mata berwarna biru kerana pada asalnya kesemua manusia mempunyai mata berwarna coklat kehitaman.

Sekitar 6,000 sehingga 10,000 tahun yang lalu, evolusi terjadi di mana berlakunya mutasi yang menyebabkan mata manusia berwarna biru kerana tidak mampu untuk menghasilkan melanin yang menyumbang kepada warna coklat pada mata.

Sumber: Twitter The Patriots Asia

Pada ketika itu, memang agak sukar untuk berjumpa dengan individu bermata biru. Walau bagaimanapun, mutasi tersebut telah merebak dari utara Eropah dan England ke Asia Tenggara, Amerika Syarikat dan sebahagian negara Asia.

Saintis berpendapat bahawa populasi manusia bermata biru ini tidak akan kekal lama kerana tiada sebarang kepentingan mahupun kelebihan berikutan jumlahnya yang agak sedikit.


Faktor Kepada Perkembangan Populasi Manusia Bermata Biru

Siapa sangka, mata berwarna biru mampu menjadikan fizikal seseorang kelihatan lebih menarik sehingga berlakunya pemilihan seksual.

Pemilihan seksual ini menjadi salah satu faktor populasi manusia bermata biru semakin meningkat.

Sumber: Twitter The Patriots Asia

Untuk pengetahuan anda, mata berwarna biru boleh menyerap lebih banyak cahaya berbanding mata berwarna coklat.

Selain itu, faktor hanyutan genetik (genetic drift) mereka yang bermata biru juga semakin meluas apabila mereka telah dihalau keluar daripada masyarakat kerana kelihatan pelik.

Kajian mendapati mereka yang bermata biru pada hari ini berkemungkinan mempunyai asal usul dari nenek moyang yang sama sekitar 10,000 tahun lalu.


Wujud Populasi Bermata Biru Kerana Penghidap Penyakit

Secara umumnya manusia bermata biru tidak mempunyai sebarang komplikasi, namun terdapat golongan yang memiliki mata berwarna biru kerana menghidap penyakit genetik dikenali sebagai Sindrom Waardenburg.

Sumber: Iluminasi

Sindrom Waardenburg adalah keadaan genetik yang boleh menyebabkan penghidap hilang pendengaran pada satu atau kedua-dua belah telinga sejak lahir.

Bukan itu sahaja, mereka juga mengalami perubahan dalam warna rambut, kulit dan mata. Segelintir daripada pesakit memiliki warna di mana satu berwarna coklat dan satu lagi berwarna biru.

Ciri-ciri Sindrom Waardenburg ini tidak sama dalam kalangan individu yang terjejas meskipun datang daripada keluarga yang sama.

Sumber: Twitter The Patriots Asia | Medline Plus


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd