Now Reading
Doktor Atau Scammer? Pakar Ini Kongsi Cara Pastikan Tauliah Perubatan

Doktor Atau Scammer? Pakar Ini Kongsi Cara Pastikan Tauliah Perubatan

Menurut Dr Qarafi Tee, setiap doktor yang sah berdaftar dan mempunyai kelulusan akan diberikan nombor Malaysian Medical Council (MMC).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila berbicara tentang masalah kesihatan, pasti anda akan membuat rujukan bersama pakar atau doktor kesihatan kerana mereka lebih arif mengenai bidang tersebut.

Sebagai contoh dos pengambilan sesuatu jenis ubatan haruslah dirujuk bersama pakar dahulu kerana kandungan ubat yang berlebihan mampu mengundang bahaya.

Namun begitu, ada juga kes di mana seseorang individu telah menipu tentang kelayakannya dan mengambil kesempatan terhadap para pesakit.


Pakar Ini Perjelas Tentang Nombor Pendaftaran Sah Yang Dimiliki Oleh Doktor

Baru-baru ini, seorang doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Qarafi Tee menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@qarafitee), telah berkongsi cara-cara anda boleh periksa sama ada doktor yang merawat anda adalah scammer atau doktor bertauliah.

Menurut sesetengah individu, terdapat segelintir doktor yang tidak mahu berkongsi tentang maklumat nombor Malaysian Medical Council (MMC) milik mereka.

Buat anda yang tidak tahu, doktor yang sah berdaftar dengan MMC akan diberikan nombor pengesahan pendaftaran masing-masing. Doktor yang berdaftar sahaja diberikan kuasa untuk mengeluarkan sijil perubatan (medical certificate) kepada para pesakit.

Jelas doktor itu, nombor MMC tidak sepatutnya dijadikan sebagai satu privasi dan berhak diketahui oleh orang lain. Jikalau seseorang doktor itu mengelak untuk memberikan nombor MMC apabila diminta, maka berkemungkinan doktor tersebut adalah scammer.


Ini Cara Mengenal Pasti Doktor Rawat Anda Bertauliah Atau Scammer

Namun begitu, usah risau. Terdapat cara lain anda boleh lakukan bagi mengenal pasti sama ada doktor yang merawat sama ada di klinik atau hospital mempunyai tauliah atau pun palsu.

Perkara tersebut boleh disemak menerusi pautan rasmi MMC. Kemudian, masukkan pula butiran maklumat yang diminta iaitu nama doktor yang bertugas.

Selepas itu, klik sahaja ‘Search’ di bahagian bawah dan senarai nama doktor akan terpapar di skrin.

Bukan itu sahaja, pautan itu juga akan mendedahkan tentang info berkaitan sejarah pendidikan serta pekerjaan, nombor MMC dan sebagainya.

Sumber: TikTok (@qarafitee)

Kes Doktor Palsu Di Malaysia

Pada 20 Disember lalu, seorang lelaki warga Pakistan telah didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret. Tertuduh, Suhaib Jalal, 26, mengaku bersalah atas perbuatan menipu dengan menyamar sebagai pegawai perubatan.

Tindakan tersebut telah menyebabkan individu lain mempercayai bahawa dia mempunyai kelulusan untuk menjalankan amalan perubatan.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di klinik swasta sekitar Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur pada 1 Disember lalu.

Memetik sumber Harian Metro, hasil serbuan di lokasi kejadian mendapati Suhaib telah menawarkan khidmat rawatan kesihatan tanpa sijil sah dan kelulusan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Baca Artikel Berkaitan: Sebar Berita Palsu Tentang Vaksin Sinovac, Doktor Ini Didenda RM5,000


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd