puding koktel sos kastard

Mari cuba resipi Puding Koktel Sos Kastard ini. Ia terlihat comel apabila disediakan dalam acuan yang kecil. Puding merupakan salah satu hidangan penutup yang sering disajikan kepada orang ramai.

Asalnya, hidangan ini menjadi popular di negara-negara berbahasa Inggeris sebagai hidangan klasik untuk perayaan seperti Krismas. Tetapi, evolusi zaman telah membolehkan resipi puding diubahsuai mengikut kreativiti individu.

Baca juga: Puding Lapis Mangga Style Mr. Ali, Memang Nikmat Makan Sejuk-sejuk!

Boleh mencuba versi puding koktel dalam acuan lompang. Ia mudah dimakan dan mempunyai rupa yang sangat comel. Ikuti resepi yang dikongsi oleh Erniey Yusnita ini.

RESIPI PUDING KOKTEL SOS KASTARD

puding koktel sos kastard

Bahan-bahan puding:

  • 4 cawan air
  • 15g agar-agar tali
  • 1 kotak besar susu full cream
  • 3/4 cawan gula
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 tin besar koktel buah-buahan
  • Sedikit garam
  • Sedikit esen vanilla
  • 2 sudu besar tepung kastard (bancuhkan dengan 2/4 cawan air)

Cara membuat puding:

1. Campurkan 4 cawan air dan agar-agar tali dalam periuk, biarkan hingga agar-agar tali benar-benar larut.

2. Masukkan susu full cream, gula, susu pekat, dan sedikit garam ke dalam periuk. Gaul rata dan panaskan dengan api sederhana hingga mendidih.

3. Setelah campuran mendidih, masukkan koktel buah-buahan (dengan airnya) dan esen vanilla. Gaul rata.

4. Dalam bekas yang berasingan, bancuh tepung kastard dengan 2/4 cawan air sehingga menjadi larutan kastard.

5. Masukkan larutan kastard ke dalam campuran puding, aduk rata, dan teruskan memasak sehingga mendidih dan pekat.

6. Ketepikan untuk buat sos kastard pula. 

Bahan-bahan sos kastard:

  • 4 cawan air
  • 1 kotak besar susu full cream
  • 3 sudu besar gula
  • 2/4 cawan susu pekat
  • Sedikit garam
  • 8 sudu besar tepung kastard

Cara membuat sos kastard:

1. Campurkan empat cawan air, susu full cream, gula, susu pekat, dan sedikit garam dalam periuk. Gaul rata.

2. Dalam bekas yang berasingan, bancuh tepung kastard dengan sedikit air sehingga menjadi larutan kastard.

3. Masukkan larutan kastard ke dalam campuran susu dan aduk rata.

4. Panaskan campuran dengan api sederhana sambil terus diaduk hingga sos kastard menjadi pekat dan mendidih.

5. Setelah mendidih, angkat dari api dan campurkan bersama puding koktel tadi  sebelum dimasukkan dalam acuan lompang.

6. Biarkan sejuk hingga puding mengeras.

Cara menghidang: Keluarkan puding koktel yang telah mengeras ke dalam bekas. Letakkan ia di atas pinggan sajian. Sedia untuk dinikmati. 

Selamat mencuba.

Sumber: Erniey Yusnita

Baca juga: Cara Buat Puding Pisang Pandan, Mesti Laju Je Habis Bila Hidang Nanti

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN