sup tauhu telur

Tauhu telur ini boleh diolah kepada pelbagai menu yang lazat. Salah satu yang boleh dicuba adalah resepi sup tauhu telur. Mudah dan lazat! Hidangan ini cukup ringkas, hanya memerlukan masa 5 minit untuk memasak. 

Namun begitu, ada juga yang gagal setiap kali memasak kerana tauhu telur menjadi hancur apabila digoreng. Rupanya, ada petua yang untuk mengelakkannya berlaku.  Mari kita ikuti perkongsian oleh Puan Umi Watie di bawah. 

Baca juga: Resipi Sup Telur Puyuh Goreng, Pertama Kali Cuba Pasti Jatuh Cinta!

RESEPI SUP TAUHU TELUR

Bahan-bahan:

– 3 pek tauhu telur
– 1 pokok brokoli
– 1 biji bawang besar
– 2 ulas bawang putih
– 1 biji cili merah
– 2 sdb lada sulah
– 2 sdb sos tiram
– 1 sdb tepung jagung + 1 sdb air

Cara memasak:

1. Mula-mula potong tauhu telur, selepas itu bedakkan dia dengan tepung jagung untuk elakkan meletup dan hancur semasa digoreng. 

2.Gorengkan sampai kekuningan. Bila dah garing, angkat dan ketepikan.

3. Baki minyak tadi kurangkan sikit, tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dihiris nipis.

4. Masukkan sos tiram. 

5. Masukkan air sesuai dengan citarasa. Suka berkuah letak banyak sikit airnya.

6. Bila kuah mendidih, masukkan brokoli. Kalau nak letak sayur lain pun boleh tau.

7. Masukkan tauhu telur goreng tadi.

8. Masukkan serbuk lada sulah dan cili hiris.

9. Akhir sekali, masukkan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih terus tutup api.

10. Selamat mencuba!

sup tauhu telur

Kredit resipi dan gambar: Umi Watie

Baca juga: Resipi Mihun Sup Yang Ringkas & Sedap, Sekejap Je Dah Siap Masak!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN