Now Reading
“Terus Takde Mood Nak Makan” – Wanita Jumpa Lipas Dalam Botol Kicap

“Terus Takde Mood Nak Makan” – Wanita Jumpa Lipas Dalam Botol Kicap

Seorang wanita baru menyedari terdapat 3 ekor lipas besar dalam botol kicap selepas kali kedua tuang sos itu ke atas nasi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kebersihan merupakan aspek utama ketika menyediakan makanan. Mana tidaknya, bakteria-bakteria boleh menyebabkan makanan anda tercemar dan kemudiannya mengakibatkan keracunan makanan.

Oleh itu, adalah penting untuk sesiapa yang selalu memasak di dapur atau pun para suri rumah di luar sana bagi memastikan dapur sentiasa bersih daripada serangga perosak.

Barulah rasa yakin dan selamat untuk menjamu selera masakan di rumah.


Wanita Tak Sedar Ada 3 Ekor Lipas Dalam Botol Kicap Ketika Makan Nasi

Baru-baru ini, tular satu klip video yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok (@laylaazli), menyaksikan dia sedang menjamu selera masakan nasi berlauk bersama sos kicap.

Namun, siapa sangka wanita ini yang pada awal berselera menikmati hidangannya terkejut apabila dia menyedari terdapat tiga ekor lipas di dalam botol kicap yang dituangnya ke atas nasi.

Kalau dilihat daripada video itu, memang jelas kelihatan ya terdapat lipas-lipas besar dalam botol itu.

Menurut Laylaa, dia yang sudah menyuap nasi 3 ke 4 kali baru perasan tentang kewujudan serangga perosak tersebut di dalam botol selepas menuang kicap kali kedua.


Wanita Perjelas Bagaimana Lipas Boleh Masuk Dalam Botol Kicap

Menerusi satu lagi hantaran yang dimuat naik oleh wanita ini, dia menjelaskan tentang situasi itu dengan lebih mendalam kepada pengikutnya.

Laylaa berkata dia berasa geli apabila melihat komen-komen yang dilontarkan oleh orang ramai di ruangan komen.

“Nanti tumbuh sesungut dan kaki mula rasa tajam-tajam,” kata netizen di ruangan komen seolah-olah mahu bergurau.

Dalam masa yang sama, dia turut menjawab soalan yang ditanyakan oleh orang ramai iaitu bagaimanakah lipas tersebut boleh memasuki botol kicap?

Laylaa berkata kejadian ini berpunca daripada kesilapan dirinya sendiri dan tidak membabitkan mana-mana syarikat.

Sumber: TikTok (@laylaazli)

Tegasnya, orang dalam rumah berkemungkinan tidak menyedari bahawa mereka terlupa untuk menutup penutup botol kicap yang diletakkan di dapur.

Namun begitu, dia tetap berasa musykil bagaimana lipas yang bersaiz besar boleh memasuki lubang kecil pada botol kicap itu.

Tambah Laylaa, dia tidak menghidapi sebarang penyakit seperti sakit perut atau keracunan makanan selepas insiden tersebut berlaku.


Reaksi Netizen Terhadap Insiden Lipas Dalam Botol Kicap

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur dengan insiden berkenaan dan melontarkan beberapa jenaka.

Ada yang siap meminta Laylaa untuk memakai ‘filter’ lipas sekiranya mahu membuat video selepas ini. Macam-macam hal ya netizen ini.

Sumber: TikTok (@laylaazli)

“Untung ada lipas, sebelum ini beli kicap cap udang tak dapat pun udangnya,” kata seorang lelaki dalam nada bergurau.

Baca Artikel Berkaitan: Tertera Kalimah ‘Allah’ Pada Botol Kicap. Ini Perkara Perlu Dilakukan Sebelum Buang

Baca Artikel Berkaitan: Banyak Lipas Dalam Rumah? Cuba 3 Bahan Ini Untuk Buat Perangkap

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Kembang Tekak”- Pelanggan Temui Ulat Dalam Nasi Goreng Buat Ramai Geli

Sumber: TikTok (@laylaazli)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd