Academia.eduAcademia.edu
TAJUK 1 Pengertian dan Konsep Pentaksiran PSV SINOPSIS Apabila pemahaman tentang konsep dapat didalami dengan betul, maka fungsi ’pengujian dan penilaian’ sebagai indikator pencapaian atau penguasaan pelajar dalam sesuatu kemahiran, akan memberi maklum balas atau gambaran yang sebenar tentang keupayaan pelajar. Seterusnya dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran guru itu sendiri. Modul ini memperkenalkan konsep dan kaedah pengujian, pengukuran dan penilaian di sekolah rendah. Modul ini juga meliputi ciri-ciri utama ujian, bentuk-bentuk penilaian dan membezakan di antara penilaian berasaskan norma dan kriteria. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat; Menjelaskan konsep dan matlamat pengujian, pengukuran dan penilaian dalam pendidikan; Menjelaskan konsep kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran; Membezakan bentuk penilaian formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik serta penilaian alternatif. Kerangka Tajuk-tajuk 1.1.1 Pengertian dan Tujuan Pengajaran dan Penilaian Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru ‘mengajar’ dan pelajar ‘belajar’. Justeru itu, penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Bukti-bukti Empirical bermaksud penemuan atau keputusann yang diperolehi daripada bukti-bukti pemerhatian sama ada secara langsung atau diulangi.empirikal tentang sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh menggunakan pengukuran perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di bilik darjah sering menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam bidang penilaian pengajaran. Seseorang guru biasanya Langkah-langkah menyediakan soalanmerangka objektif dan kandungan pelajaran yang hendak diajar sebelum merancang strategi dan kaedah pengajaran tajuk berkenaan. Kemudian, beliau akan menyediakan soalan sama ada untuk kuiz, ujian atau peperiksaan. Dalam merancang dan membina soalan, adalah penting agar soalan-soalan tersebut relevan, sesuai dan menepati objektif tajuk pembelajaran yang dirancang serta kandungan yang diajar. Seterusnya, kertas jawapan pelajar perlu diperiksa, diskor, dianalisis dan ditafsir bukan sahaja untuk membuat penilaian yang adil terhadap penguasaan pelajar dalam kursus yang diajar, malah bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan soalan dan seterusnya pengajaran pensyarah. Justeru pemahaman terhadap konsep penilaian, pengukuran dan pengujian, ciri-ciri utama soalan ujian, matlamat mereka bentuk soalan formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik serta norma dan kriteria sangat penting bagi seseorang pensyarah bagi memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil. 1.1.2 Konsep Pentaksiran Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor, menginterpretasi, menghurai maklumat tentang pembelajaran seseorang bagi tujuan tertentu. 1.1.2.1 Definisi Pentaksiran Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. 1.1.2.2 Tujuan pentaksiran Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran 1.1.2.3 Prinsip Pentaksiran 1.1.3 Pengertian Pengujian Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran. Ujian adalah alat ukur. bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi. Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di sekolah, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti. 1.1.3.1 Tujuan Pengujian Pengajaran dan Pembelajaran Tujuan utama pengujian ialah untuk menghasilkan bukti yang boleh digunakan bagi membuat penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran. Penilaian di bilik darjah boleh membantu para guru menambah baik pengajaran mereka dan pembelajaran pelajar. Selain matlamat diagnosis pengajaran dan pembelajaran, skor ujian digunakan sebagai asas bagi pengredan, pemilihan, penempatan, kaunseling dan bimbingan pelajar. a. Diagnosis Satu daripada tujuan pengujian ialah untuk mendiagnos kesukaran yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran. Diagnosis pengajaran diperlukan bagi mengesan sejauhmana pengajaran guru berkesan. Sekiranya berkesan, guru akan lebih yakin untuk meneruskan strategi dan kaedah pengajarannya. Sekiranya tidak berkesan, guru boleh menganalisis dan mengesan kelemahan yang ada supaya strategi dan kaedah pengajaran guru boleh diubahsuai, diperbaiki dan dipertingkatkan. b. Pengredan Pengujian juga dilakukan bagi tujuan pengredan pelajar. Guru boleh mengred pencapaian pelajar kepada kategori ‘lulus’ atau ‘gagal’, ‘lemah’, ‘sederhana’ atau ‘cemerlang’ atau gred ‘A’, ‘B’ ‘C’, ‘D’ atau ‘E’. Melalui pengredan pelajar, kita boleh memberitahu ibu bapa dan pihak berkaitan tentang prestasi akademik pelajar khususnya berbanding dengan prestasi pelajar lain. Dengan adanya maklumat gred, guru dan ibu bapa boleh memainkan peranan membantu dan seterusnya melibatkan diri dalam proses pendidikan pelajar. Rangsangan luaran seperti penghargaan, nasihat, sokongan, bantuan dan kerjasama dari pihak-pihak yang terbabit dengan pendidikan pelajar khususnya ibu bapa sangat penting bagi meransang kemajuan dan pembangunan pelajar di sekolah. c. Pemilihan dan Penempatan Seringkali juga skor dan keputusan ujian digunakan sebagai asas bagi pemilihan dan penempatan pelajar. Sebagai contoh pelajar yang cemerlang dalam sesuatu mata pelajaran sains mungkin dipilih untuk mewakili sekolah. Skor dan keputusan ujian juga digunakan bagi pemilihan pelajar untuk mengikuti kursus tumpuan bidang tertentu. d. Kaunseling dan Bimbingan Keputusan dan skor ujian boleh digunakan untuk membantu pelajar supaya berdaya maju. Berasaskan keputusan ujian, para guru dan kaunselor boleh membantu pelajar mengenal pasti kelemahan dan kekuatan masing-masing supaya program dan tindakan intervensi dilakukan bagi memperbaiki keadaan pelajar. Keputusan ujian juga membantu para guru dan kaunselor untuk memberi khidmat bimbingan misalnya bagi memandu pelajar menceburi bidang kerjaya yang diminati. 1.1.4 Konsep Penilaian Penilaian merupakan satu proses memperolehi maklumat kuantitatif bagi menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan kurikulum. Dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau keseluruhan kurikulum. 1.1.4.1 Tujuan Penilaian Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-dalam perkara yang hendak diajar. Menolong guru mengetahui sejauh manakah pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan. Membandingkan pencapaian pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan yang amat lemah dalam pencapaian mereka. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya. 1.1.4.2 Jenis-Jenis Penilaian Banyak cara kita boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian yang dibuat berasaskan tujuan dan masa boleh dikelaskan kepada penilaian formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik dan alternatif. Penilaian pengajaran juga boleh dilakukan melalui pelbagai hasil pembelajaran pelajar seperti disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar dan oral pelajar. Justeru ujian yang dibina perlu mencerminkan tujuan dan masa sesuatu penilaian dilakukan. Terdapat dua jenis penilaian berdasarkan kepada masa dan tujuan pelaksanaan penilaian iaitu penilaian formatif dan sumatif. a. Penilaian Formatif Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh pelajar dalam unit-unit pelajaran yang diajar. Penilaian formatif dilakukan bagi memastikan pelajar telah menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan unit pelajaran baru seterusnya. Penilaian formatif sangat berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca kelemahan pelajar dapat dikesan. Penilaian formatif dapat menentukan samada pelajar telah bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit. Penilaian formatif juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Penggunaan penilaian formatif sangat ditekankan di sekolah. Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis kelemahan pelajar dalam unit-unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif amat sesuai dirumuskan sebagai “menguasai” atau “tidak menguasai” sesuatu isi unit pelajaran. Pencapaian ujian formatif tidak sesuai digred. b. Penilaian Sumatif Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan kursus. Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi kursus. Contoh penilaian sumatif ialah ujian akhir semester. Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir kursus, skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar. Skor penilaian sumatif banyak digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan pelajar ke alam pembelajaran yang lebih tinggi. Latihan Cuba kenal pasti perbezaan antara penilaian formatif dengan penilaian sumatif. Pada pendapat anda, apakah kekuatan dan kelemahan penilaian formatif berbanding dengan penilaian sumatif? [Jawapan anda perlu didokumentasikan di dalam portfolio PSV3111] c. Penilaian Pra Kelayakan dan Diagnostik Penilaian pra kelayakan digunakan sebagai petunjuk sama ada pelajar berpotensi, bersedia dan mempunyai kecerdasan, bakat dan minat terhadap sesuatu bidang yang ingin beliau ceburi. Penilaian diagnostik pula dilakukan sebagai cara untuk mengesan sama ada pelajar sudah bersedia untuk mengikuti pelajaran seterusnya. Sekiranya beliau belum bersedia, guru dapat mengesan kelemahan dan kekuatan pelajar agar pembetulan serta penambahbaikan yang berkaitan boleh lakukan. - Ujian Pencapaian Ujian pencapaian mengukur secara khusus sejauh mana pelajar telah menguasai isi sesuatu kursus yang diajar. Ujian pencapaian mempersoalkan apa yang pelajar telah belajar? Seringkali ujian pencapaian merujuk kepada ujian bagi mengukur tingkah laku pengajaran dan pembelajaran kognitif, afektif dan psikomotor. - Ujian Kecerdasan Ujian kecerdasan adalah ujian yang direka khusus untuk mensampel secara luas pelbagai fungsi mental (pemikiran) supaya dapat menganggarkan tahap intelektual am seseorang individu. - Ujian Prestasi Ujian prestasi adalah ujian yang memerlukan pelajar menunjukkan pemahaman dan kemahiran mereka dalam melakukan aktiviti atau siri aktiviti seharian. Ujian prestasi memberi rangsangan kepada pelajar untuk memperkenal dan mengembangkan aktiviti pemikiran dan taakulan mereka berasaskan kepada kurikulum yang diajar. Di antara teknik yang digunakan dalam ujian prestasi ialah menghendaki pelajar merakam sebahagian aktiviti, menemubual pelajar bagi mengesahkan kebolehan, kefahaman dan pemikiran mereka. Teknik portfolio juga sering digunakan bagi memeriksa hasil kerja pelajar. Melalui teknik portfolio guru boleh menentukan sama ada kerja yang dilakukan memenuhi kehendak soalan ujian. d. Penilaian Alternatif Penilaian prestasi yang menegaskan bahawa kaedah penilaian ini memberi satu alternatif kepada pengujian kertas dan pensil tradisional. Penilaian pengajaran di sekolah sering melibatkan penilaian berdasarkan hasil pembelajaran yang ditunjukkan oleh pelajar. Antara penilaian alternatif ini adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, seminar, bengkel dan oral pelajar. PERKAITAN 3P Berdasarkan rajah di atas, kita dapati ketiga-tiga konsep berkenaan mempunyai perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan atau objektif sesuatu penghakiman produk P&P membabitkan ketiga-tiga aspek bekenaan. Mengumpul Maklumat Berdasarkan kepada pengalaman anda, cuba kenalpasti satu contoh ujian pencapaian, ujian kecerdasan, ujian prestasi, dan ujian alternatif. TAJUK 2 JENIS-JENIS PENTAKSIRAN SINOPSIS Pembelajaran pendidikan seni secara umumnya adalah untuk membina keupayaan bagi menghargai dan mendiskriminsi apa yang dilihat oleh mata. Literasi visual ini juga meliputi keupayaan menghargai dan memanipulasi bahasa tampak yang menghendaki seseorang itu berkeupayaan untuk membaca imej-imej visual. Disamping keupayaan ini menerusi pendidikan seni juga pelajar diberi peluang untuk membina kemahiran psikomotor dalam berbagai-bagai bidang kemahiran. Begitu juga dengan pembinaan berbagai nilai bagi menyuburkan domain afektifnya. Ini adalah teras kepada pembelajaran Pendidikan Seni. Pendidikan Seni perlu memenuhi keperluan pelajar-pelajarnya untuk mendapatkan keupayaan dan kemahiran tersebut. Sejauhmanakah pencapaian pelajar-pelajar dalam membina keupayaan, kemahiran dan memupuk nilai tersebut dicapai? Sejauhmanakah pencapaian dan berkesannya pengajaran dalam mata pelajaran ini? Untuk menjawab persoalan ini, satu proses penilaian perlu dilakukan. Penilaian pendidikan seni boleh dijadikan sebagai petunjuk untuk membuat diagnosis bagi membantu pelajar yang bermasalah. Mekanisma untuk mendapatkan maklumat tersebut adalah dengan mengadakan pengukuran, pengujian atau penilaian. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat; Menjelaskan jenis-jenis pentaksiran yang boleh dijalankan oleh pihak penilai; Menjelaskan konsep pentaksiran yang pelbagai; Membezakan bentuk – bentuk pentaksiran. Konsep Pentaksiran Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasikan maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Pentakiran dapat dirumuskan seperti carta di bawah; Tujuan Pentaksiran Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran juga bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap Merangkumi aspek penilaian, pengujian dan pengukuran. Memikirkan “Mengapa perlu penilaian dalam Pendidikan Seni?” Berikan pendapat anda berdasarkan tiga domain iaitu; Domain kognitif Domain afektif Domain psikomotor Maklumat anda perlu dipersembahkan dalam bentuk peta minda dan dimasukkan ke dalam porfolio. Atas persetujuan bersama anda juga boleh emailkan kepada pensyarah untuk tujuan semakan. 1.2.1 Jenis Pentaksiran 1.2.1.1 Pentaksiran autentik Pentaksiran authentik bermaksud mengevaluasi pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin. Mengikut Rudner & Boston (1994) Pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna. Pentaksiran autentik digunakan seperti yang disebut oleh seperti yang disebut oleh Hills (1993) bahawa pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven. Menurut Grace (1992) pula, menjelaskan bahawa penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. ‘Realistik’ dan ‘bermakna’ merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku Educational Assessment of Students). Umumnya pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang sesuai untuk dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang pendidikan seni visual dengan rasional lain seperti yang berikut: a) Perlu ada sistem yang mentaksir secara autentik atau bermakna untuk perkembangan kanak-kanak: - Eisner (19 80) kanak-kanak membuat pengamatan, membuat tafsiran dan tanggapan seterusnya melahirkan konsep. - Brown (19 80) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran mengembangkan pemikiran yang kritis. b) Perlu diperkenalkan sistem pentaksiran yang telus untuk ibu bapa dan kanak-kanak c) Perlu ada program jambatan di sekolah dengan program di sekolah dan kesinambungan subjek. Ciri-ciri Pentaksiran Autentik Pentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Antara ciri-cirinya ialah: Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan. Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya. Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi. Subjek membina maksud yang tersirat. Berpusatkan kanak-kanak. Contoh-contoh pentaksiran autentik; Persembahan tarian Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science fair (pameran Sains) atau Art show ( pertunjukan Seni) Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio. Kebaikan kaedah penilaian autentik ini kepada pelajar ; Dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman akademik mereka. Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia mereka dan masyarakat luas. Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka. Menangani teknologi dan berfikir sistematik. Kesimpulan Pentaksiran Autentik Pentaksiran autentik yang disarankan dapat mengukur kemajuan kanak-kanak dari pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak. Kaedah pentaksiran ini juga akan dapat memperbaiki penyediaan guru dalam proses pernbelajaran dan perkembangan kanak-kanak untuk kesediaan ke alam persekolahan yang lebih tinggi. 1.2.1.2 Pentaksiran Hasil Pembelajaran Definisi kepada pentaksiran hasil pembelajaran adalah proses pengumpulan data yang memberitahu sama ada aktiviti atau pengalaman yang disediakan telah memberi kesan kepada mereka yang terlibat atau dalam kata lain, adakah hasil yang dipelajari mampu memberi perubahan kepada individu yang terlibat. Sekolah yang terlibat sebagai pihak yang menentukan hasil pembelajaran yang diharapkan. Tidak hanya memilih matapelajaran yang tertentu sahaja. Keputusan yang diperolehi mestilah berdasarkan nilai keberkesanan aktiviti yang dijalankan bukan kepada sesorang individu sahaja. Pihak sekolah menggunakan maklumat yang diperoleh untuk menentukan kaedah yang terbaik untuk membantu menangani masalah yang dirasakan perlu. Penilaian yang diadakan mestilah bersifat berterusan. Pihak penilai mestilah berakauntabiliti dan berkepimpinan dalam menjalankan penilaian. Pendekatan yang yang dikemukan dikemukan oleh oleh MONTGOMERY tentang pentaksiran berasaskan berasaskan hasil pembelajaran; Student Learning Outcomes (SLO) Jangkaan hasil pembelajaran yang diperoleh dengan memberi penekanan kepada pertambahan ilmu pengetahuan , kemahiran dan sikap. Student Progress Outcomes (SPO) Berterusan iaitu murid dapat melakukan perubahan yang lebih baik dalam peringkat yang seterusnya. Penilaian tidak dilakukan pada satu tahap semata- mata. Pembelajaran bersifat berterusan maka pentaksiran juga bersifat berterusan. Kebaikan kaedah pentaksiran hasil pembelajaran ini boleh dikategorikan kepada 3 bahagian; Kesimpulan Pentaksiran ini mempertingkatkan pembelajaran berdasarkan penilaian yang sistematik. Murid akan cuba menguasai hasil pembelajaran yang spesifik. Pentaksiran ini memacu sekolah ke arah yang lebih cemerlang. Pembelajaran yang berterusan akan berlaku kerana penilaian bersifat berterusan. Pentaksiran lebih terarah kepada program yang afektif bukan bebentuk individu. 1.2.1.3 Pentaksiran “Performance Based” Definisi kepada Pentasiran Performaced Based ialah proses yang menggunakan subjek penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan. Kaedah ini mengkhendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna juga menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan, penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis). Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan. Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar. Jenis- jenis Pentaksiran Performanced Based: 1. Portfolio (dapatan hasil kerja) Kaedah ini selalu digunakan untuk menilai pencapaian individu murid dari semasa ke semasa. Ianya juga suatu cara yang membolehkan penilaian terhadap murid dibuat secara keseluruhannya. 2.  Kaedah pentaksiran berpusat (simulasi berdasarkan situasi sebenar). Pentaksiran akan dibuat berdasarkan kepada penglibatan murid dan keberkesanan penyelesaian masalah dalam sesuatu situasi yang diberikan. 3.  Mengukur berdasarkan keupayaan. Pentaksiran ini dapat dinilaikan seperti bahan contoh daripada murid seperti :- - Bahan penulisan - Persembahan - Gerak kerja projek 1.2.1.4 Pentaksiran dan Motivasi Suatu variabel perantara yang digunakan untuk menerangkan faktor-faktor dalam diri individu, yang dapat membangkitkan, mempertahankan dan menyalurkan tingkah laku ke arah suatu tujuan tertentu. Motivasi tidak dapat terlihat dari luar. Motivasi dapat menggerakkan manusia untuk menampilkan suatu tingkah laku kearah pencapaian suatu tujuan. Motivasi berhubungan dengan kekuatan (dorongan) yang berada di dalam diri manusia. Tingkah laku dapat dilandasi oleh berbagai macam motivasi; sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakannya sama ada secara negatif atau positif Pengarah Tujudan Penggerak Tindakan Darjah Kesungguhan Stimulator / semangat Tiga Kategori Motivasi i. Motif Primer : Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar Faali/psikologis Keinginan untuk makan & minum ii. Motif Umum: Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar Tidak berhubungan dengan proses faali tubuh manusia Kebutuhan kasih sayang, rasa ingin tahu & diperhatikan iii. Motif Sekunder: Tumbuh sebagai hasil proses belajar Tidak berhubungan dengan proses faali Kebutuhan berprestasi & berkuasa 1.2.1.5 Pentaksiran Konsep kendiri  Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar merupakan penilai terbaik terhadap pembelajaran mereka. Guru tidak mungkin akan mengetahui apa yang pelajar benar-benar tahu atau berupaya mengetahui. Namun, kadang-kadang pelajar sendiri juga tidak mengenal keupayaan sendiri tanpa membuat refleksi, pertimbangan dan penilaian. Penilaian kendiri membolehkan pelajar menilai, dan seterusnya mengenal diri sendiri. Carl Rogers (1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan persekitarannya. Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai cara memahami konsep kendiri. Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats (1963), berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam 2 cara, iaitu: tanggapan diri seseorang individu proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu Syarifah Alawiah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi, peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya dengan persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku perasaan dan fikiran. Fungsi Dalam pembelajaran, baik di dalam mahupun di luar bilik darjah, penilaian kendiri; • membolehkan pelajar secara individu, mengukur dan membuat refleksi terhadap kekuatan dan kelemahan kendiri dalam penguasaan sesuatu kemahiran atau disiplin ilmu; • memberi panduan kepada pelajar tentang dari mana dia harus memulakan perancangan bagi pembelajaran seterusnya; • memberi keyakinan kepada pelajar tentang peranannya dalam menilai perkembangan diri dan pencapaiannya; • mengurangkan kebergantungan pelajar pada guru dalam kelebihan dan kekurangan/kekuatan dan kelemahannya dalam sesuatu bidang/kemahiran, dan • membolehkan pelajar sentiasa bersikap kritis terhadap kerjanya. Kaedah: 1. Bagi memastikan penilaian kendiri dilaksanakan dengan berkesan dan menepati matlamatnya guru hendaklah • meyakinkan pelajar tentang kepentingan penilaian kendiri dalam proses pembelajaran • mengemukakan soalan-soalan yang boleh membantu pelajar membuat penilaian kendiri. • melatih pelajar menilai setiap langkah atau pembelajaran mereka berpandukan instrumen seperti senarai semak atau alat rubrik • membimbing pelajar melaporkan dapatan penilaian masingmasing, dan kesannya terhadap proses pembelajaran seterusnya; 2. Penialian kendiri boleh juga dibuat dengan pelajar yang berkenaan menstruktur sendiri segala butiran yang hendak dinilai dan kriteria yang hendak dicapai, sama ada dalam bentuk senarai semak atau sebagainya, kemudian meminta kerjasama rakan sebayanya (individu/kumpulan) membuat penilaian terhadap dirinya. Dapatan itu kemudian dikumpul dan dianalisis sendiri oleh pelajar tersebut. Proses menganalisis dan membuat refleksi terhadap penilian mengenai dirinya sendiri itulah menjadi “penilaian kendiri” Konsep Kendiri Positif Seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat, mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga meliputi sikap terbuka dan memberi pendangan jika wujud keadaan yang tidak baik dan stabil. Ciri-ciri Konsep Kendiri Positif Menghargai Memuji orang lain Puas hati dengan pencapaian Murah hati Mudah berkawan Puas hati dengan dirinya Berpuas hati dengan bahan-bahan kepunyaannya Peramah Ciri-ciri Konsep Kendiri Negatif Cenderung untuk merasa salah Takut kepada kegagalan Sering merasa bimbang Cepat berkecil hati walaupun melibatkah masalah kecil Pencapaian akademik yang rendah Tidak gemar kerja mencabar Kurang keyakinan pada diri sendiri Kurang berminat untuk mendapatkan maklum balas Melihat diri sebagai kurang menarik dari segi personaliti TAJUK 2 TUJUAN PENTAKSIRAN PSV SINOPSIS Proses pentaksiran dalam pendidikan seni visual melibatkan beberapa alat yang akan digunakan untuk membuat penilaian dan pengujian. Tajuk ini memperkenalkan konsep dan kaedah pengujian, pengukuran dan penilaian di sekolah rendah. Modul ini juga meliputi konsep, ciri-ciri dan aspek dalam Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat; Menjelaskan konsep dan matlamat pengukuran dalam PSV. Menjelaskan ciri-ciri dan aspek dalam PKSR. 2.1 Tujuan Pentaksiran PSV Kemahiran Bahasa Visual Kefahaman Seni Visual Kesedaran tentang kepercayaan dan nilai budaya diri - kognitif - psikomotor - afektif - sosial Kaedah Pentaksiran PSV Penilaian Kendalian Sekolah Rendah ( PKSR ) - Persepsi - Sensitiviti - Kefahaman Bahasa Visual - Aplikasi Bahasa Visual - Kemahiran kritikan dan analitikal - Pengurusan, penghasilan dan persembahan Seni Visual 2.2 KAEDAH PENTAKSIRAN PSV 2.2.1 Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) Konsep Rujuk Modul Penilaian Kendalian Sekolah Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, melaksanakan penilaian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Penilaian yang dirancang oleh guru di peringkat sekolah ini dikenali sebagai PKS. Melalui aktiviti penilaian guru dapat memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Untuk mencapai hasrat ini penilaian di sekolah haruslah memberi penekanan kepada konsep penilaian berterusan terhadap perkembangan bagi kesemua aspek tersebut. PKS lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke satu peringkat. Guru dapat membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari semasa ke semasa. Ini memberi peluang kepada guru untuk membetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan murid serta-merta supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun. Di samping itu guru dapat mengenal pasti kelemahan dan memperkembangkan lagi kekuatan serta potensi murid. PKS dirancang dan dilaksanakan oleh guru secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian. Maklumat tentang perkembangan murid yang diperoleh dari semasa ke semasa melalui penilaian berterusan dapat membantu guru mengambil tindakan susulan yang sewajarnya jika perlu. PKS boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspekaspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat. Perkaitan Antara PKS Dan Penilaian Berpusat Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR dan SPM dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara. PKS dan penilaian berpusat saling melengkapi dalam sistem penilaian. PKS dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru. Melalui PKS, guru dapat : • mengesan perkembangan murid secara menyeluruh; • mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa; • mengetahui keberkesanan pengajarannya; • merancang dan mengubahsuai pengajarannya; dan • menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta. Ciri-Ciri PKS PKS yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Di samping itu kekuatan murid yang telah menguasai pula diperkukuh dan diperkaya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang berkesan guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian di peringkat pusat. PKS dilaksanakan berasaskan beberapa ciri yang utama seperti berikut: Aspek Yang Dinilai Melalui PKS murid dinilai dalam pelbagai aspek yang meliputi pelbagai kecerdasan serta perkembangan emosi dan sahsiah murid. Latihan Bincang dan kaitkan pengetahuan tentang bentuk penilaian PKSR dengan mata pelajaran pendidikan seni visual berdasarkan modul PKSR Pusat Perkembangan Kurikulum. Pelajar boleh muat turun di web ini: http://www.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/kendalian_sekolah.pdf TAJUK 3 Bentuk Pentaksiran Pendidikan Seni Visual Sinopsis Keberkesanan PdP tidak akan dapat diketahui sehingga pelajar-pelajar di uji sejauh mana tahap kefahaman mereka. Oleh itu satu mekanisme seharusnya di cari bagi menilai pencapaian mereka. Pelajar-pelajar ini dinilai dengan pelbagai cara dan kaedah yang dapat meneliti dengan lebih perinci serta keesahan nya. Beberapa kaedah serta cara yang dikemukakan seharus nya dapat membantu guru khas nya dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual yang menilai pelajar mereka dengan pelbagai cara untuk melihat ’produk’ yang dihasilkan pelajar. HASIL PEMBELAJARAN Pendidik akan memahami dengan lebih lanjut lagi mengenai :- Penilaian formatif Penilaian Sumatif Pemerhatian Portfolio Hasil Kerja ( Produk ) Kerangka Tajuk-tajuk 3.1.1 PENILAIAN FORMATIF Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar. Ciri-ciri : dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum. dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus. bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah yang dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran. dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak ditentukan gred. Prosedur Penilaian Formatif  Menentukan topik pembelajaran. Sukatan pelajaran mengandungi beberapa topik yang seharusnya dihabiskan sepanjang sesi persekolahan untuk satu tahun. Topik berdasarkan sukatan pelajaran disusun mengikut peringkat kesukaran. Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan yang luas, maka penekanan harus diberikan dan mungkin diperlukan dikecilkan kepada sub-topik tertentu. Dengan cara ini guru akan dapat memastikan murid-murid menguasai sesuatu sub-topik tertentu terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada topik-topik seterusnya. Sebelum beralih kepada topik lain, guru akan mengadakan ujian formatif untuk melihat tahap penguasaan sesuatu topik. Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran. Guru menentukan kebolehan pelajar dalam mengenal warna, simbol, membaca dan lain-lain mengikut keperluan topik berkenaan. Setelah aspek berkenaan ditentukan, maka guru boleh menentu tahap penguasaan murid-murid dalam bilik darjah terhadap satu-satu topik berkenaan. Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% hingga 90% pelajar telah menunjukkan penguasaan terhadap sesuatu topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai topik berkenaan. Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik. Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu dengan berdasarkan taksonomi pendidikan. Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan selesai, guru seterusnya mengaitkan semua elemen berkenaan yang terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan dan tidak terpisah. Jadual 3.1 : Taksonomi Kognitif Bloom (1956) TAHAP ISTILAH Pengetahuan Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas. Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan. Kefahaman Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf. Pilih, terangkan, tulis semula. Penggunaan Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll. selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat. Analisis Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi. Bezakan, pasti, pilih. Sintesis Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi. Bina, hasilkan, susun, kembangkan. Penilaian Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan. Membentuk soalan ujian. Dilakukan selepas penentuan elemen-elemen berkenaan setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan. Mencadangkan langkah susulan. Guru mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik pembelajaran di samping kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid. Tindakan susulan harus dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi. Contoh: murid-murid masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu topik, maka tindakan selanjutnya yang harus diambil oleh guru ialah mengulang semula topik berkenaan atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar murid-murid boleh menguasai topik tersebut. Tujuan Penilaian Formatif: memperbaiki pengajaran pembelajaran. meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran. memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada penyampaian guru atau penguasaan murid dan seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan lebih baik. menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran dan ini memungkinkan mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal atau semester persekolahan. memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar. Menjadi satu kepuasan kepada seseorang guru apabila beliau dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa. guru dapat meninggi dan mengekalkan pencapaian yang memuaskan. Hal ini melalui perbandingan yang boleh dibuat antara pencapaian murid sekarang dengan pencapaian murid-murid lalu melalui rekod ujian formatif yang telah dikendalikan dan mencatatkan masalah yang dihadapi oleh murid-murid dahulu serta langkah penyelesaian yang telah diambil. Dengan cara ini, guru dapat mengekalkan prestasi pelajar dan meramal pencapaian pada akhir penggal persekolahan. mengubah suai pengajaran seseorang guru. guru juga dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam penyampaian. memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid. menjadikan murid sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian yang dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan dan tumpuan kepada topik-topik pembelajaran Latihan Senaraikan DUA contoh ‘penilaian formatif’ serta bina soalan-soalan tersebut dengan mengaitkan dengan EMPAT Bidang dalam Pendidikan Seni Visual. 3.1.2 PENILAIAN SUMATIF Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal/ akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan penilaian formatif yang lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan atau akhir tahun yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum. Ciri- ciri: lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu topik pembelajaran untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan Langkah-langkah membentuk ujian sumatif : Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya. Ini bagi memastikan kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi. Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji. Setiap item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan Mengumpul item secara sistematik. Misalnya mengelompokkan item mengikut bentuk yang sama. Item objektif diasingkan dengan item mengisi tempat kosong, esei dan sebagainya. Item juga boleh disusun mengikut susunan topik atau mengikut aras kemahiran kognitif. Misalnya menyusun soalan bermula aras rendah diikuti aras lebih tinggi. Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. Ini dapat mengelakkan berlakunya bias dalam pemberian markah murid-murid. Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan dalam menjawab setiap soalan yang dikemukakan. Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel pelajar bagi memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan boleh dipercayai serta dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud pada item berkenaan. Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras kesukaran item, daya diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan berkenaan serta memastikan pilihan jawapan yang disediakan (distraktor) dapat berperanan dengan baik Tujuan : membantu murid-murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian. memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan. mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Ini berdasarkan skor yang diperolehi oleh pelajar dalam penilaian yang dijalankan. dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan. memperlihatkan peringkat pencapaian yang berbeza mengikut kumpulan  Jadual 3.2 : Perbezaan Penilaian Formatif dan Sumatif Aspek Penilaian Formatif Penilaian Sumatif Konsep Mengesan penguasaan pelajar pada suatu hasil pembelajaran melalui pengujian yang dapat dibina dan ditadbir secara formal ataupun tidak formal. Mengesan pencapaian pelajar dalam tempoh tertentu persekolahan melalui pengujian yang dijalankan secara formal. Waktu Penilaian Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pada pertengahan ataupun akhir penggal / semester persekolahan. Kaedah Formal: pensel, kertas. Tidak formal: Pemerhatian, soal jawab, latihan. Dibuat secara individu ataupun berkumpulan. Dibuat secara formal: Ujian pensel dan kertas, lisan. Dijalankan secara berkumpulan. Selepas penilaian dijalankan Menjalankan tindakan susulan ke atas pelajar: Aktiviti bimbingan bagi kemahiran yang belum dikuasai. Aktiviti pengukuhan bagi kemahiran yang sudah mula dikuasai. Aktiviti penggayaan bagi memperkembangkan penguasaan kemahiran. Mengubahsuai proses pengajaran dan pembelajaran. memperbaiki kurikulum sedia ada. Mengumpulkan pelajar mengikut tahap penguasaan. Latihan Senaraikan DUA contoh ‘penilaian sumatif’ serta bina soalan-soalan tersebut dengan mengaitkan dengan EMPAT Bidang dalam Pendidikan Seni Visual. 3.1.3 PEMERHATIAN Penilaian kaedah pemerhatian adalah merupakan jenis penilaian authentik. Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) menjelaskan bahawa pemerhatian ialah sejenis bentuk penilaian autentik yang menolong guru-guru untuk membimbing murid-murid untuk mempertingkatkan kebolehan mereka secara individu. Pengimplementasian kaedah penilaian pemerhatian ini boleh dijalani secara global atau analitik berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan oleh seorang guru. Jenis penilaian ini mudah dan senang untuk dilaksanakan oleh guru-guru tetapi sangat sukar untuk menentukan kesahan dapatannya. Ini kerana kaedah pemerhatian di pengaruhi oleh persepsi (tanggapan), ilmu dan pengalaman sebenar guru-guru. Guru-guru boleh membuat persepsi atau tanggapan terhadap murid-murid. Mereka juga boleh membuat pemerhatian jangka panjang atau jangka pendek. Dalam penilaian ini, guru-guru akan melaporkan apa jua aksi yang mereka saksikan. Cara paling baik untuk melaporkan pemerhatian ialah dengan menggunakan senarai semak dan rubrik. Guru-guru juga boleh menggunakan senarai semak atau rekod anekdot untuk membuat pemerhatian kognitif, afektif, psikomotor, materialistik dan persekitaran. Senarai semak selalu digunakan untuk memerhati pencapaian murid-murid selepas satu jangkamasa tertentu. Ia juga dapat digunakan untuk menentukan sama ada murid-murid telah mencapai kriteria untuk tugasan spesifik yang ditetapkan. Ia juga digunakan untuk penilaian bilik darjah kerana ia senang untuk dibentuk dan mudah untuk digunakan. Jadual 3.3: Satu Contoh Senarai Semak Bilik Darjah LAMPIRAN PEMERHATIAN BILIK DARJAH Nama Murid : _________________________________________ Tarikh Lahir : __________________ Darjah : ________________ Bilik Darjah Pemerhatian : ________________________________ Guru : _____________________________ Masa : _____________ Sila nilai pencapaian murid dalam bidang-bidang berikut: Baik Lemah Memuaskan Tidak dapat diperhatikan Murid dapat membuat yang berikut: 1. Mengikut peraturan Ya Tidak _________________________________________________________ 2. Melibatkan diri dalam perbincangan kelas Ya Tidak _________________________________________________________ 3. Mentadbirkan kerja bilik darjah Ya Tidak _________________________________________________________ 4. Bekerjasama dengan murid yang lain Ya Tidak _________________________________________________________ 5. Melengkapkan tugasan Ya Tidak _________________________________________________________ Latihan Hasilkan satu contoh instrumen senarai semak pemerhatian untuk digunakan bagi menilai pencapaian murid dalam kegiatan menghasilkan corak pualaman. Merujuk Huraian Sukatan Pelajaran (2002) penilaian kaedah pemerhatian dalam konteks pendidikan seni visual sekolah rendah, melibatkan pemerhatian proses dan pemerhatian hasil kerja. Pemerhatian yang dilakukan oleh guru semasa murid membuat kerja adalah dikenali sebagai pemerhatian proses berguna kerana guru dapat menilai penguasan kemahiran amali dan perkembangan bakat murid. Selain daripada itu, guru juga dapat menilai penguasan kemahiran sosial, amalan murid serta memerhati penglahiran emosi dan perasaan. Tahap kreativiti murid juga dapat di kesan melalui pemerhatian. Pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja dilakukan dengan melihat kriteria-kriter ia tertentu pada hasil kerja bagi tujuan penilaian. Antara kriteria yang dipilih untuk penilaian ialah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan. Ini dikenali sebagai pemerhatian hasil kerja. Guru-guru juga boleh menggunakan rubrik dalam teknik pemerhatian. Sebuah rubrik menyediakan satu ukuran tentang kualiti pencapaian atas dasar kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Rubrik juga boleh digunakan dengan satu kriteria yang dapat menyediakan piawaian dalam menilai pencapaian murid. Sebagai contoh, rubrik juga dapat digunakan sebagai alat untuk menilai tugasan matematik/bahasa yang melibatkan produksi lisan atau bertulis daripada pihak murid. Satu contoh rubrik yang dapat ditunjukkan dalam jadual 3.4 di bawah. Murid-murid dinilai atas komponen dan kemahiran dalam matematik melalui teknik pemerhatian. Jadual 3.4: Contoh Rubrik yang Digunakan Dalam Penilaian Matematik Kriteria Memerlukan Kemajuan Mencukupi Cemerlang Mengira satu bilangan sambil padankan kepada satu objek Tidak menunjukkan kepada objek semasa mengira. Mengira secara lisan. Dapat menunjuk kepada setengah objek tetapi membuat banyak kesilapan semasa mengira. Dapat mengira dengan betul kepada beberapa kumpulan. Menunjuk kepada objek dalam kumpulan semasa mengira. Membuat beberapa kesilapan. Dapat mengira semua kumpulan. Menunjuk kepada setiap objek dalam kumpulan semasa mengira. Membuat sedikit atau tidak begitu banyak kesilapan mengira. Mengenal pasti bilangan dalam satu kumpulan Jarang / Tidak Kadang-Kadang Kerap / Selalu Dapat mengenalpasti nombor bertulis sambil padankan dengan bilangan yang betul. Jarang / Tidak Kadang-Kadang Kerap / Selalu 3.1.4 PORTFOLIO Portfolio menurut Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) ialah satu koleksi yang terdiri daripada pelbagai resos dan bahan-bahan yang relevan dengan hasil pembelajaran murid dalam sesuatu mata pelajaran. Sesuatu portfolio biasa mendokumentasikan semua hasil kerja murid dan mungkin termasuk perekodan proses-proses yang lain seperti draf kerja murid, penilaian kendiri murid dan penilaian ibu bapa. Ia dapat digunakan untuk menilai kebolehan dan kemajuan murid-murid secara berterusan. Oleh kerana portfolio disediakan oleh murid-murid dalam masa bebas mereka, ia juga dapat digunakan sebagai satu rekod untuk menunjukkan pencapaian mereka dalam pelbagai mata pelajaran di sekolah. Guru-guru mesti menentukan tahap pencapaian yang murid-murid mesti menunjukan dalam portfolio mereka. Sebuah portfolio yang lengkap terdiri daripada bahan-bahan berikut: Nota-nota yang disediakan oleh guru Senarai semak yang disediakan oleh guru Refleksi kendiri murid Buku log Bku jurnal; dan Gambar dan foto Jenis-jenis portfolio yang berlainan yang murid-murid boleh cipta adalah portfolio bekerja, portfolio dokumentari, portfolio produk akhir, portfolio individu dan kerja kumpulan. 3.1.5 HASIL KERJA Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja. Kriteria-kriteria yang relevan dalam penilaian adalah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan. Aspek afektif juga boleh dinilai oleh guru semasa menggunakan kaedah pemerhatian. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,nilai-nilai yang sesuai diperhatikan adalah kebersihan dan keteraturan, keselamatan, ketekunan, bekerjasama,ketelitian dan kesempurnaan. Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah penilaian di mana guru berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap penguasan murid terhadap aspek seni, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa seni dan menilai potensi murid dalam kemahiran berfikir. Aktiviti-aktiviti lisan yang boleh dijalankan ialah soal jawab, peta minda, kuiz, temubual, teka teki, forum, seminar, lakonan dan sumbangsaran. Perkara-perkara yang boleh dinilai secara lisan adalah penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, penguasan kemahiran berfikir dan belajar, kemahiran berbahasa seni dan sosial, perkembangan daya kreatif dan mengenalpasti perlakuan emosi, perasaan dan perubahan sikap murid. Penilaian secara penulisan pula dapat mengesan dan mengukur perkembangan dan pemahaman murid dalam pelbagai aspek pengetahuan serta merekod proses dalam bentuk folio. Penilaian menggunakan kaedah penulisan dapat merangsang pemikiran mur id secara logikal, kritikal dan analitikal. Murid juga digalakkan membuat kajian, eksperimentasi serta membuat perancangan. Melalui penilaian ini, guru dapat menilai tahap penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, proses dan teknik serta kemahiran bahasa seni dan kemahiran berfikir. Pembinaan soalan-soalan obejktif dan subjektif harus menggambarkan pembelajaran secara keseluruhan yang menitikberatkan aras kesukaran berasaskan Taxonomy Bloom seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. TAJUK 4 PERATURAN MEMBERI MARKAH Sinopsis Penggubalan soalan Pendidikan Seni Visual tidak lengkap sekiranya guru tidak menyediakan skema pemarkahan. Tajuk ini membincangkan kaedah dan panduan menyediakan peraturan memberi markah sebagai skema pemarkahan untuk mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. HASIL PEMBELAJARAN Pendidik akan memahami dengan lebih lanjut lagi mengenai :- Panduan untuk membina rubrik analitikal dan rubrik holistik. Menentukan kriteria dan justifikasi ketika membina rubrik sama ada analitikal atau holistik. 4.1.1 BORANG PENILAIAN, PENGGREDAN DAN RUBRIK Rubrik merupakan panduan pemberian markah yang perlu disediakan sebelum sesuatu pengujian dijalankan. Skema jawapan mungkin istilah yang selalu digunapakai di Malaysia, tetapi daripada aspek kandungan, rubrik lebih sistematik dan komprehensif dan boleh digunakan untuk membantu guru di dalam pemberian markah untuk tugasan mudah mahupun tugasan yang kompleks dan lebih rumit. Terdapat dua jenis rubrik iaitu rubrik analitik dan rubrik holistik. Rubrik analitikal merujuk kepada panduan pemarkahan yang selalunya digunakan untuk pengujian formatif. Oleh kerana sifatnya yang analitikal, rubrik jenis ini mampu menyediakan maklumat diagnostik tentang kemampuan pelajar. Setiap kriteria yang ingin diuji disenaraikan satu persatu dan setiap satunya diberi markah tertentu. Dengan cara ini guru dapat melihat bidang (kriteria) yang dapat dikuasai oleh pelajar dengan baik dan bidang (kriteria) yang memerlukan pembaikan. Walaupun rubrik jenis ini dapat memberikan maklumat diagnostik untuk setiap pelajar, namun ianya mengambil masa yang lama untuk disediakan dan proses pemarkahan itu sendiri menjadi lebih rumit kerana guru mempunyai banyak aspek dalam pengujian yang perlu dilihat. Oleh itu kadangkala guru tetap menggunakan rubrik holistik untuk pengujian formatif kerana ianya lebih menjimatkan masa untuk disediakan dan lebih mudah di dalam proses pemberian markah. Di bawah adalah contoh rubrik analitikal di dalam menjalankan pengujian kerja berkumpulan pelajar. Perhatikan bahawa markah diberi secara berasingan dan kualiti yang diuji sangat spesifik, dan markah yang perlu diberi telah pun ditetapkan. Jadual 4.1: Contoh Rubrik Analitikal Dalam Pengujian Kerja Berkumpulan SUMBANGAN IDEA 5 Kerap menyumbangkan idea bernas di dalam kumpulan dan semasa berbincang. Menunjukkan ciri-ciri kepimpinan dalam kumpulan. 3 Kadangkala memberikan idea yang bernas di dalam kumpulan dan semasa berbincang. Ahli kumpulan yang menjalankan tugas yang diberikan. 1 Jarang menyumbangkan idea ynag bernas dan lebih banyak berdiam diri semasa perbincangan. KUALITI KERJA 5 Kualiti kerja adalah tinggi dan menunjukkan tahap pemikiran kritikal yang tinggi. 3 Kualiti kerja perlu diperbaiki dan mempamerkan sedikit tahap pemikiran kritikal. 1 Kualiti kerja adalah rendah dan tidak ada aplikasi kemahiran berfikir secara kritikal. KERJASAMA BERKUMPULAN 5 Bijak mengendalikan perbincangan kumpulan dan mengaplikasikan kemahiran mendengar, memberikan maklum balas dan berkongsi maklumat. 3 Ahli yang agak pasif dan lebih banyak mendengar daripada memberi komen atau berkongsi maklumat. 1 Ahli pasif yang tidak bekerjasama dengan ahli kumpulan yang lain. Rubrik holistik selalunya digunakan di dalam pengujian sumatif untuk melihat kepada pencapaian pelajar secara menyeluruh. Ini kerana sebarang bentuk pengujian sumatif diadakan pada hujung tahun pembelajaran dan guru tidak perlu lagi maklumat diagnosik daripada keputusan ujian pelajar untuk membuat modifikasi dalam pengajaran. Oleh itu rubrik holistik sering digunakan kerana ianya hanya memberi maklumat menyeluruh tentang pencapaian pelajar. Seterusnya dipaparkan contoh rubrik holistik dalam pengujian gerak kerja berkumpulan. Perhatikan elemen untuk diuji dikumpulkan secara menyeluruh (holistik) yang memudahkan proses pemarkahan oleh guru. Guru juga bebas menentukan kadar markah yang sesuai diberikan kepada seseorang pelajar, mengikut kadar markah yang telah ditetapkan. Jadual 4.2: Contoh Rubrik Holistik Dalam Pengujian Kerja Berkumpulan CEMERLANG 21 – 30 markah Semasa perbincangan, idea-idea yang dilontarkan adalah kemas dan pelajar menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang tinggi. pelajar juga bijak dalam mengendalikan perbincangan kumpulan dan mengaplikasikan kemahiran mendengar, memberi maklum balas serta berkongsi maklumat. Kualiti kerja berkumpulan juga adalah baik serta mempamerkan kemahiran pemikiran kritikal yang tinggi. BAIK 11 – 20 markah Semasa perbincangan, pelajar tidak selalu menyumbankan idea yangbernas namun tetap berfungsi sebagai ahli kumpulan yang baik dalam menjalankan tugas yang diberikan. Walaupun begitu, kualiti kerja perlu diperbaiki dan mempamerkan sedikit kemahiran berfikir secara kritikal di dalam hasil kerja. LEMAH 0 – 10 markah Semasa perbincangan, pelajar jarang menyumbangkan idea bernas dan lebih banyak mendiamkan diri serta kurang kerjasama dengan ahli lain. Kualiti kerja juga adalah rendah tanpa sebarang aplikasi kemahiran berfikir secara kritikal. Latihan Aaron Aziz merupakan seorang guru seni yang ingin menjalankan ujian bulanan. Ujian bulanan ini melibatkan 5 kelas yang diajarnya dan setiap kelas mempunyai lebih kurang 30 orang pelajar. Apakah jenis rubrik yang wajar digunakan oleh Aaron Aziz? 4.2 PENILAIAN HASIL KERJA Sebarang bentuk pengujian di dalam bidang pendidikan seni visual perlu dirancang dan diteliti dengan rapi sebelum ianya dijalankan. Kreativiti itu sendiri mempunyai takrifan yang sangat subjektif dan guru perlu jelas akan elemen atau kriteria yang ingin dilihat semasa pengujian. Huewitz & Day (2001) telah menggariskan beberapa prinsip yang boleh menjadi panduan kepada guru seni visual di dalam penyediaan untuk sebarang bentuk pengujian di kelas. Pengujian perlu melengkapkan pengajaran, seperti juga di dalam subjek lain. Soalan atau tugasan yang disediakan dalam pengujian mestilah telah diterangkan terlebih dahulu oleh guru di dalam pengajaran hari ke hari. Ini menepati konsep validity yang ada di dalam pengujian. Oleh itu, pengujian lebih merupakan pengukuran kepada kemampuan guru menfasilitasikan pembelajaran, lebih daripada ukuran kemajuan dan pencapaian pelajar. Kreativiti pelajar jarang diukur dalam pengujian. Pengujian sering memfokus kepada apa yang telah pelajar pelajari. Walaupun melihat kemajuan pelajar adalah penting, luahan kreativiti juga sama penting untuk dinilai di dalam pendidikan seni visual. Lantaran itu, luahan kreatif pelajar mestilah sentiasa digalakkan walaupun ianya mungkin agak sukar untuk dinilai. Walaupun seseorang pelajar itu mungkin tidak menunjukkan kemampuan semula jadi yang boleh dkagumi di dalam bidang seni, pengujian seharusnya memberi ruang kepada pelajar sebegini untuk berkarya dengan kemampuan yang mereka ada. Dalam erti kata yang lain, walaupun pengujian di dalam bidang seni haruslah mengambil kira aspek kreativiti, namun tahap kreativiti yang ditetapkan oleh guru bukanlah di standard yang sangat tinggi. Pengujian biarlah bersesuaian dengan tahap kreativiti pelajar-pelajar di dalam kelas. Pelajar yang menunjukkan kemampuan kreativiti yang mengagumkan pula seharusnya diberikan ganjaran di atas usaha mereka tetapi mereka juga perlu memperlihatkan kemajuan di dalam bidang pembelajaran seni yang lain. Sebahagian daripada pengajaran di dalam penghasilan karya melibatkan kemahiran khusus seperti pengetahuan di dalam teori warna yang mempengaruhi kemampuan pelajar di dalam mencampurkan warna, menghasilkan warna berlainan daripada warna-warna lain, intensiti warna dan lain-lain lagi. Kemahiran sebegini juga sepatutnya diuji dan pelajar juga seharusnya ditunjukkan cara mengaplikasikan kemahiran teknikal dan prinsip-prinsip seni pada sebarang medium seni. TAJUK 5 PENILAIAN PORTFOLIO Sinopsis Kesemua hasil kerja pelajar merangkumi karya seni, latihan, tugasan bertulis, nota dan sebagainya dikumpul dan disusun dengan sistematik di dalam folder yang berupa fail. Penyediaan portfolio memerlukan komitmen yang tinggi daripada guru daripada segi masa, konsistensi dan juga perancangan yang teliti kerana portfolio kesemua pelajar perlu diperiksa dari semasa ke semasa. Disusuli dengan maklum balas untuk penambahbaikkan. pelajar juga perlu jelas dengan objektif penyediaan portfolio dan dimaklumkan terlebih dahulu akan bahan yang perlu dimasukkan di dalam portfolio dan bagaimana cara himpunan kerja mereka akan dinilai. HASIL PEMBELAJARAN Pendidik akan memahami dengan lebih lanjut lagi mengenai :- Kaedah menilai portfolio yang sesuai untuk Pendidikan Seni Visual Pengenalan Menilai portfolio dalam Pendidikan Seni Visual merupakan satu kaedah penyimpanan atau dokumentasi bahan bukti proses pembelajaran pelajar dan proses yang digalakkan. Bahan bukti ini mengandungi pengetahuan, kemahiran dan pemikiran serta penyataan perasaan pelajar. Bahan ini dikumpulkan dan dipersembahkan secara terancang. Rakaman Proses Pembelajaran Rakaman proses pembelajaran ini merangkumi beberapa kecerdasan dan ia dikaitkan dengan alat penilaian benar. Melalui portfolio Pendidikan Seni Visual, semua pihak dapat melihat : • Himpunan rakaman urutan proses hasilan kerja pelajar • Contoh hasil kerja pelajar • Penyataan perasaan pelajar semasa proses pembelajaran Pendidikan Seni Visual • Hasil penulisan, ilustrasi atau gambar yang menjadi sebahagian peristiwa penting untuk dikongsi bersama pihak lain • Petunjuk keupayaan dan refleksi pelajar tentang proses kerja serta hasil kerja seni Dari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, yang turut melibatkan proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan. lni disebabkan portfolio Pendidikan Seni Visual, selain mendokumenkan urutan proses kerja, turut menuntut kemahiran mencetuskan idea secara kritis untuk melakukan penggubahan secara kreatif, sama ada melalui alat, bahan atau teknik tertentu. Pelajar patut dapat merancang proses kerja dengan memastikan masalah yang akan ditempuh sebelum dan sepanjang melakukan kerja dan berupaya pula menentukan keputusan muktamad dalam membuat pilihan bagi mendapat hasil kerja yang terbaik. Proses ini dirakamkan dalam portfolio supaya ia menjadi bahan bukti untuk tatapan dan mampu juga menjadi salah satu alat penilaian benar dalam proses pembelajaran pelajar. Bentuk Portfolio Portfolio Pendidikan Seni Visual lebih merupakan portfolio dokumentasi proses sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan sekadar portfolio persembahan. Justeru, bentuk portfolio menampakkan kajian, perancangan, eksperimen dan penentuan berhubung dengan hasil yang hendak dibuat. Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan mengandungi 4 aspek : Kajian • Pemerhatian dan pengamatan • Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang sesuai dengan kegiatan • Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan Lakaran • Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum mendapat idea yang konstruktif ‘Pewujudan Idea’ • Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk Rangka Sebenar • Merangka reka cadang atau model • Menentukan alatan dan bahan • Prototaip (jika berkaitan) Persembahan Portfolio • Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat • Mengikut urutan • Bersih, kemas dan mudah. Menurut Adams & Hamm (1994), kriteria penilaian portfolio tergolong kepada empat kategori utama yang perlu diambil perhatian oleh guru, murid malah ibu bapa iaitu: Bukti pemikiran kritis dan kreatif Kualiti aktiviti dan kajian Kepelbagaian dalam pendekatan dan kajian Bukti kefahaman dan kemahiran aplikasi pengalaman luar bilik darjah. Contoh penilaian portfolio murid Kriteria dan petunjuk yang dicadangkan kepada tujuan penilaian portfolio. Guru memilih cara penilaian portfolio kerana hendak menilai penguasaan kemahiran, kreativiti dan kemajuan murid: Kriteria Petunjuk Kandungan Adakah murid memilih tajuk yang sesuai bagi menggambarkan kandungan portfolionya? Adakah murid memberi tumpuan kepada aspek penting dalam tajuk? Tajuk tepat Tajuk memberikan gambaran yang jelas tentang kandungan portfolio. Maklumat, idea dan contoh yang menarik dan relevan dimasukkan dalam portfolio. Kriteria Adakah murid mempersembahkan idea secara kreatif? Idea murid adalah pelbagai, asli dan terdapat persepsi dan interpretasi baru. Kemajuan Adakah murid menunjukkan bukti kemajuan dalam pembelajaran? Menunjukkan kemajuan dari segi perbezaan antara hasil kerja pertama dengan yang terkini. Kemajuan dalam turutan hasil kerja yang dipilih. Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum. (1998). Buku Sumber Guru. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Rubrik Penilaian Portfolio PSV Daripada petunjuk yang dikenalpasti oleh guru, suatu rubrik penilaian boleh dihasilkan. Murid patut juga mengetahui tentang rubrik yang ditentukan guru. Markah Skema 4 Tajuk portfolio tepat Gambaran jelas dengan kandungan Maklumat jelas, tepat dan betul. Idea yang pelbagai, asli dan memperlihatkan perspektif dan interpretasi baru. Menunjukkan kemajuan daripada segi perbezaan antara hasil kerja awal dengan hasil terkini. Bukti urutan juga diperlihatkan dengan jelas. 3 Tajuk portfolio tepat Gambaran jelas dengan kandungan Kebanyakkan maklumat jelas, tepat dan betul. Kebanyakkan idea yang pelbagai, asli dan memperlihatkan perspektif dan interpretasi baru. Menunjukkan ada kemajuan daripada segi perbezaan antara hasil kerja awal dengan hasil terkini. 2 Tajuk portfolio tepat Gambaran agak jelas dan relevan tetapi kurang menarik. Kebanyakkan maklumat jelas dan betul. Kebanyakkan idea murid adalah pelbagai, tetapi kurang asli dan menampakkan perspektif dan interpretasi baru. Menunjukkan sedikit kemajuan daripada segi perbezaan antara hasil kerja terdahulu dengan hasil terkini. 1 Tajuk portfolio kurang tepat dan tidak memberi gambaran yang jelas. Kebanyakkan maklumat, idea dan gambaran kurang relevan dan tidak menarik. Kebanyakkan idea murid adalah sama dan tidak asli. Tidak menampakkan perspektif dan interpretasi lain. Tidak menunjukkan kemajuan antara hasil dahulu dengan yang terbaru. Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum. (1998). Buku Sumber Guru. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Berdasarkan maklumat, penerangan serta penjelasan yang diutarakan, portfolio pendidikan seni amat penting untuk dilaksanakan di sekolah. Ia bukan sahaja menekankan kepada proses meningkatkan pengalaman pembelajaran murid, malah boleh dijadikan bahan sumber serta rujukan dari masa ke semasa oleh pihak lain yang ingin menilai perkembangan pembelajaran murid. Tamat (PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual) 55