| | | |

‘Tak Guna Popular Saja Tapi Tak Buat Duit’ – Andika Putera Tegur Akmal ‘Old Money’!


Sumber :  TT | @andikaputeraa

Nama Akmal Old Money semakin terkenal selepas beberapa temubual dengan media massa dan sering menjadi perbualan hangat di media sosial. Namun, baru-baru ini, Andika Putera, pengasas kelab Old Money, mencuri tumpuan apabila menegur Akmal dengan keras dalam sebuah video yang tular.

Menerusi video itu, Andika meluahkan rasa kecewa terhadap Akmal kerana popularitinya tidak membawa hasil dalam bentuk wang atau jualan. Andika menegaskan bahawa menjadi terkenal tanpa mengubahnya menjadi peluang dalam dunia perniagaan adalah satu kerugian besar.

“Saya nak Akmal kaya, tak bohong. Tarik ramai crowd dan dapatkan satu lead. Kalau tunggu lead datang, sampai abang Jamil mamp*s pun tak datang-datang,” tegas Andika dalam video tersebut.

Andika turut menasihati Akmal agar tidak bergantung semata-mata pada populariti semata-mata, tetapi perlu lebih konsisten dalam berkongsi konten berkaitan profesionnya, terutamanya dalam dunia hartanah. Andika juga membidas alasan Akmal yang mendakwa sewaan rumah sukar mendapat sambutan, menganggap ia sekadar alasan untuk tidak berusaha lebih.

“Populariti atau viral tak jamin duit masuk. Tambah ilmu dan teknik supaya jualan lebih mantap!” tambah Andika.

Akmal yang kelihatan kecewa dan sedikit sedih selepas dimarahi oleh mentornya, mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata netizen memintanya untuk tidak memarahi Akmal terlalu keras, malah ada yang berjenaka bahawa Akmal mungkin akan keluar dari kelab Old Money dan mencari haluan sendiri.

Ada juga yang mendakwa mereka hanya mengenali Andika setelah melihat sikap dan gelagat Akmal di media sosial.

Similar Posts