INFAQ AKTIVITI DAN PENGURUSAN MALAYSIAN JOURNAL OF SYARIAH AND LAW (MJSL)


MJSL telah memperkenalkan program-program berkala yang bertujuan untuk memperluaskan akses kepada pengetahuan dan memberi sokongan kepada penulis dalam proses penerbitan mereka. Antara program-program tersebut ialah kolaborasi Rakan MJSL, yang bertujuan untuk mengukuhkan rangkaian profesional dan sokongan antara akademia, manakala pengecualian yuran penerbitan (APC Waiver Policy) memberi peluang kepada penulis yang menghadapi cabaran kewangan untuk menerbitkan artikel mereka dengan pengecualian bayaran. Selain itu, MJSL juga berusaha meneruskan konsistensi dalam kualiti pengindeksan artikel-artikel yang diterbitkan, di dalam dan di luar negara. Untuk menyokong inisiatif ini, MJSL telah melancarkan MJSL INFAQ, sebuah projek pendanaan awam melalui platform Jom Infaq USIM. Matlamat projek ini adalah untuk menyokong kos pengurusan MJSL, memberi bantuan kewangan kepada penulis yang memenuhi syarat untuk pengecualian yuran penerbitan (APC Waiver Policy), serta menyokong penyebaran penulisan berkualiti tinggi daripada penulis yang menghadapi cabaran kewangan untuk menerbitkan karya mereka di MJSL. Dengan inisiatif ini, MJSL berusaha untuk memastikan bahawa pengetahuan dan hasil penyelidikan berkualiti tetap dapat diakses dan disebarkan secara meluas, sambil memberikan sokongan kepada akademia yang memerlukan bantuan.

Informasi Kempen
SASARAN : RM 50,000.00
JUMLAH TERKUMPUL : RM 25.00
0.05%

Perkongsian Kempen:

Placeholder5 Penyumbang
  • Sumbangan Terkini
  • HA*****
    RM 5
    1 bulan yang lepas
  • HA*****
    RM 5
    1 bulan yang lepas
  • HA*****
    RM 5
    2 bulan yang lepas
  • HA*****
    RM 5
    2 bulan yang lepas
  • HA*****
    RM 5
    2 bulan yang lepas